12 December 2011

Kebaikan Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-kanak


Membaca adalah satu pengalaman yang amat menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan kanak-kanak ini untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan.  Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, "Membaca adalah hak setiap kanak-kanak." Ibu bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran membaca akan melihat anak-anak mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini. Apatah lagi, pelbagai mata pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah institusi pengajian tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
Mengajar membaca kepada anak-anak bukan sekadar bahasa ibunda, malah sebaiknnya dikembangkan kepada bahasa-bahasa yang lain juga. Sekiranya ibu bapa sering membimbing, mengajar dan mendidik anak-anak belajar membaca sudah tentu anak-anak kita akan dapat membina struktur ayat yang gramatis dan bertatasusila dalam konteks ayat yang betul.
Kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak lagi amat penting kerana keupayaaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.
Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.
Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan dalam memilih perkataan tertentu dan menyusunnya supaya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima tahun dengan bimbingan darpada ibu bapa. Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting dan perlu dipelajari walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran membaca. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah. 

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "ummi" dan "abah".  Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa. Kanak-kanak yang berusia 2 tahun juga dapat membentuk dan menyebut beberapa kumpulan perkataan dengan sebutan yang jelas dan fasih. Walaupun masih di peringkat awal, kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini mampu bertutur denga baik sekiranya ibu bapa membantu anak-anak untuk belajar menguasai kemahiran membaca.

1 komen:

cabequaintance said...

CASINOPATONO 2021 RULES ONLINE ᐈ Play at CasinoTop
CASINOPATONO online is the best bet365 실시간 배당 흐름 live dealer dafabet casino online. 마틴 게일 전략 With 카운팅 over 1000 casino games, you bet365 우회 can play for free at any time in your browser.

Post a Comment